Peteh GANU Peteh...!!!
Selamanya Harimau Malaya

Piala Malaysia 2012 : Terengganu Dalam Kumpulan Maut



Kumpulan A  
Lions XII, PKNS, Johor FC, Johor

Kumpulan B  
Kelantan, Terengganu, Kedah, ATM

Kumpulan C  
Perak, Negeri Sembilan, Felda United, Sime Darby

Kumpulan D  
Selangor, T-TEAM, Sarawak, Pahang


Jadual perlawanan  peringkat kumpulan

22.8.2012  
Terengganu vs Kelantan  
Pahang vs T-Team

25.8.2012
ATM vs Terengganu
T-Team vs Sarawak

28.8.2012
Kedah vs Terengganu
T-Team vs Selangor

1.9.2012
Terengganu vs Kedah
Selangor vs T-Team

4.9.2012
Terengganu vs ATM
Sarawak vs T-Team

14.9.2012
Kelantan vs Terengganu
T-Team vs Pahang



Undian Piala Malaysia 2012



Berilut adalah 16 pasukan yang melayakan diri ke saingan Piala Malaysia 2012. 12 pasukan dari Liga Super dan 4 pasukan dari Liga Perdana. Undian Piala Malaysia akan diadakan pada 2 Ogos 2012.

Balang A
Kelantan, Selangor, Perak, Lions XII

Balang B
T-Team, Terengganu, Negeri Sembilan, PKNS,

Balang C
Kedah, Felda United, Johor FC, Sarawak

Balang D
ATM, Pahang, Sime Darby, Johor







Lafaz Niat Serta Kelebihan Ramadhan



Bulan Sya’ban dah hampir tiba ke penghujungnya dan  insyaAllah hari Sabtu ini umat islam akan menyambut kehadiran Ramadhan Al-Mubarak. Ramadhan merupakan bulan yang mulia, bulan yang penuh dengan keberkatan. Pada bulan ini begitu banyak ganjaran dan nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada hamba-hambanya. Oleh itu marilah kita sama-sama memohon keampunan diatas dosa-dosa yang dilakukan sebelum ini serta mencari keredhaan-Nya. Berpuasa di bulan Ramadhan bukanlah sekadar menahan diri daripada makan dan minum dari terbit fajar sehingga terbenam matahari malah ianya juga menghalang diri daripada melakukan perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa itu sendiri. Masih ingatkah lagi lafaz niat puasa ramadhan…??? Jika terlupa disini saya sertakan lafaz niat sebagai ingatan buat diri sendiri dan juga buat perkongsian bersama.

Lafaz niat untuk harian :


Lafaz niat untuk sebulan :


Lafaz doa ketika hendak berbuka :


Lafaz doa selepas berbuka puasa :


Bulan Ramadhan mempunyai banyak kelebihan 
Antaranya : 

~ Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
~ Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalam pada malam tersebut.
~ Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan. Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran di bulan Ramadhan nanti.
~ Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
~ Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan. Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri.


`Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak` 



Penjaring Terbanyak Liga Super




Berikut adalah senarai terkini penjaring terbanyak Liga Super 2012 sebelum berakhirnya saingan pada Sabtu ini. Senarai yang dinyatakan dibawah hanyalah penjaring yang menghasilkan gol memlebihi dari lima gol sahaja.

14 Gol
Jean Emmanuel Effa Owona (Negeri Sembilan)

13 Gol
Francis Forkey Doe (Terengganu)

12 Gol
Basko Balaban (Selangor)

11 Gol
Michael Kubala (Perak)

10 Gol 
Shakir Ali (Negeri Semblan)
Shahril Ishak (Lions XII) 

9 Gol 
Zairo Annuar Zailani, Faiz Subri (T-Team)
Mahmoud Ghadar (Kelantan)
Khyrill Muhymeen (Kedah)

8 Gol
Shahdan Sulaiman (Lions XII)

7 Gol
Arthur Henrique (Johor FC)
Mickael Joseph Nicoise (PKNS)
Indra Putra Mahayuddin, Badhri Radzi (Kelantan)

6 Gol
Ashaari Shamsuddin (Terengganu)
Fadzli Shaari (T-Team)
Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)
Amri Yahyah (Selangor)
Mohd Fauzan Dzulkifli (PKNS)
Albert Bodjongo (Perak)
Rozaimi Abdul Rahman, Sharudin Yakup (Sabah),  

5 Gol
Safiq Rahim (Selangor)
Vedran Gerc (Kedah)
Farderin Kadir (Felda United)
Helmi Rameli,  Rudie Ramli (PKNS)
Hariss Harun, Agu Casmir, Sufian Anuar (Lions XII)




Undian Piala AFF Suzuki 2012



Skuad Harimau Malaya dilihat menghadapi laluan getir di peringkat kumpulan dalam misi mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki November ini. Di undi dalam kumpulan B yang boleh dianggap kumpulan `maut` mungkin memberi sedikit kelebihan apabila bermain dihadapan penyokong sendiri sebagai tuan rumah bersama Thailand. Berikut senarai penuh pasukan serta jadual perlawanan bagi Skuad Harimau Malaya

Kumpulan A
Thailand
Filipina
Vietnam
Juara Kelayakan

Kumpulan B
MALAYSIA
Singapore
Indonesia
N.Juara Kelayakan

Kumpulan Pusingan Kelayakan
Myanmar
Kemboja
Brunei
Laos
Timor Laste

25/11/2012
Malaysia vs Singapore
27/11/2012
Malaysia vs N.Juara Kelayakan
1/12/2012
Malaysia vs Indonesia



Fadhilat Ayat Kursi



Ayat Al-Kursi iaitu ayat 255 Surah Al-Baqarah yang digelar sebagai penghulu dari segala ayat di dalam Al-Quran, sesungguhnya mempunyai banyak fadhilat dan faedah bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Terdapat banyak Hadis Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam (yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain) yang menerangkan fadhilat-fadhilat itu. Diantaranya ialah:

~ Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”

~ Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.

~ Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.”

~ Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.”

~ Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.”

~ Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.”

~ Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.”

~ Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin.”

~ Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.”

~ Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.”

~ Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.”

~ Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala Nabi-nabi, juga Allah melimpahkan padanya rahmat.”

~ Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.”

~ Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.”

~ Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.”

~ Syeikh Abul ‘Abas Al-Bunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), lalu ditiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah, dicerdaskan akal fikirannya dan dimudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

~ Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah” Sesiapa mengamalkan membaca ayat kursi setiap hari sebanyak 18 kali, InsyaAllah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dadanya dengan berbagai  hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjat dan martabatnya, diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana.

~ Syeikh Al-Bunni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka InsyaAllah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dan melapangkan fikirannya, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan:

~ Sesiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

~ Sesiapa yang mengamalkan membaca 7 kali ayat Kursi dan 7 kali bagi setiap 3 Qul selepas selesai Solat Jumaat, InsyaAllah akan mendapat hikmah dan kelebihan yang tidak terduga.

~ Sesiapa membaca Surah Al-Fatihah, Ayatul Kursi & Surah Al Nash dan diniatkan lalu ditiup pada tengah kepala anak-anak, nescaya boleh menjaga keselamatannya, memudah menerima nasihat dan ia tidak akan bercakap dusta.

~ Sesiapa mengamalkan membaca ayat kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau kemana sekalipun kecuali bukan niat melakukan maksiat pada Allah SWT maka dia terselamat daripada segala kejahatan yang datang dari syaitan, jin dan manusia



Sumber: 
~ myibrah.com
~ shafiqolbu.wordoress.com